Saturday, 15 December 2018

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN



Menurut Nasution (1995: 1) sosiologi pendidikan tidak mudah. Para ahli pendidikan dan ahli sosiologi telah berusaha untuk memberikan definisi sosiologi pendidikan namun definisi ini banyak tidak dipakai oleh orang lapangan disebabkan sukarnya membatasi bidang studi di antara bidang pendidikan dan bidang sosiologi. Sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Manakala, sosiologi pendidikan adalah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial serta merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan bermula dari pemindahan nilai norma dalam keluarga atau budaya.


Tiga topik penting yang saya pelajari dalam topik ini yang berkaitan dengan gaya pembelajaran utama iaitu yang pertama tujuan sosiologi pendidikan ini adalah untuk menganalisis proses sosiolisasi. Ahli sosiolisasi beranggapan seluruh proses sosiolisasi kanak-kanak merupakan pusat pemerhatian bidang pembelajarannya. Mereka mengutamakan proses bagaimana kumpulan sosial mempengaruhi kelakuan individu. Francis Brown antara yang mengemukakan pendapat iaitu sosiologi pendidikan memperhatikan pengaruh keseluruhan lingkungan budaya sebagai tempat dan cara individu memperoleh dan mengorganisasi pengalamannya. Sosiologi pendidikan adalah cara mengendalikan proses pendidikan untuk memperoleh perkembangan keperibadian individu yang lebih baik.

Jenis sosialisasi terbahagi kepada tiga. Pertama, permulaan berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar dari keluarga atau orang yang lebih dewasa bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor dan pengakulan serta kemahiran bahasa.  Seterusnya, sekunder (sosiologi penyertaan) merupakan satu proses sosiolisasi rangsangan di luar lengkungan premier (keluarga) serta proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialiasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan sosial dan ras. Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya. Selanjutnya, sosiolisasi semula (resosialisasi) merupakan proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Hal ini boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam mesyuarat, sekolah dan bilik darjah. Faktor yang melengkapkan sosialisasi ini temasuklah keluarga, agama, pendidikan, ekonomi dan kerajaan iaitu suasana persekitaran politik.


            Kesimpulannya, sosiologi dan pendidikan merupakan sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas, pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Selain itu, masyarakat  sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh yang demikian, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain malah fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.


Rujukan:
1. Nasution, Ma. (1995). Sosiologi Pendidikan Edisi ke-2. Jakarta. Bumi Aksara.

TAJUK 2: PENGURUSAN PENGAJARAN


Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan mengikut garis panduan tertentu. Selain itu, pengurusan juga merupakan  aspek  penting  dalam  sesebuah  organisasi. Malah ia penting dalam sesebuah institusi atau sektor. Pengurusan yang baik dan cekap akan melahirkan sebuah organisasi yang maju dan berdaya saing. Pengurusan yang baik juga memberi kesan positif kepada seisi kakitangan dalam sesebuah organisasi itu. Selain itu, pengurusan pengajaran ini melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha para ahli organisasi dan menggunakan semua sember organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Pembelajaran adalah usaha sadar guru untuk membantu siswa atau anak didik agar mereka dapat belajar sesuai dengan minatnya. Seterusnya, Inti dari pembelajaran itu adalah segala upaya yang dilakukan oleh guru atau pendidik agar terjadi proses belajar pada diri siswa. Secara implisit, di dalam pembelajaran, ada kegiatan memilih, menetapkan dan mengembangkan metode untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Pembelajaran lebih menekankan cara-cara untuk mencapai tujuan dan berkaitan dengan bagaimana cara mengorganisasikan pelajaran, menyampaikan pelajaran dan mengelola pembelajaran. 

Tiga topik penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan gaya pembelajaran yang utama. Pertama, gaya pembelajaran visual di mana subtopik ini menerangkan jenis pelajar yang mempunyai cara tersendiri untuk belajar. Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, pada papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mudah mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid "visual" tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid "auditori" tetapi mereka biasanya dapat belajar melalui pembacaan. Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan apabila mereka ingin mengingati sesuatu (Murdoch Teacher Center, 1984).

Terdapat pelajar yang suka belajar dengan huruf atau gambar rajah dan teks. Hal ini memudahkan mereka untuk memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh seseorang guru. Seterusnya, terdapat pelajar yang lebih cenderung mempelajari sesuatu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka mempelajari sesuatu melalui penglihatan. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran ini hanya perlu menulis nota apabila mengingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan. Sebagai contoh, semasa dalam kelas, pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru dan cuba membuat rujukan berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran.  

Gaya pembelajaran seterusnya adalah gaya pembelajaran auditori dan ia merupakan satu jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan daripada guru. Dalam situasi ini, para pelajar perlu mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Sebagai contoh, pelajar yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar pelajar lain serta berbincang dengan guru.  Selain itu, gaya pembelajaran kinestetik pula tertumpu kepada pembelajaran  para pelajar di mana murid dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Pelajar  yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Tambahan pula, pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran seperti ini gemar untuk menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman realiti kepada mereka.

Dalam gaya pembelajaran ini, murid "kinestetik" belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on (Murdoch Teacher Center, 1984). Implikasinya, gaya pembelajaran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Selain itu, ia dapat membantu guru menjadi lebih sensitif terhadap perbezaan gaya pembelajaran setiap pelajar di sekolah. Malah, ia juga dapat membantu para guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk merancang pengajaran yang sesuai bagi pelajar serta dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Tuntasnya, pengurusan pengajaran dan pembelajaran  melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil  kira  latar belakang pelajar dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Lantaran itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai;  penyabar menghadapi karenah pelajar daripada pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh itu, guru perlu  mengambil kira semua aspek  kepelbagaian  budaya apabila menguruskan pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.

Rujukan:
1. Mulyono Abdurrahman. (2003). Pendidikan bagi anak kesulitan belajar. Jakarta: Pusat Perbukuan Department Pendidikan dan Kebudayaan.

2. Omar Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Kuchai Lama, Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.



Friday, 14 December 2018

TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN MURID




Pengurusan merupakan proses untuk menjawab persoalan tentang sesuatu secara efektif dan efisien. Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan mengikut garis panduan tertentu. Seterusnya, pembelajaran dapat didefinisikan sebagai suatu proses dimana suatu organisma berubah perilakunya akibat pengalaman. Selain itu, belajar dan mengajar merupakan dua konsep yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Dua konsep ini menjadi lengkap dalam satu kegiatan dimana terjadinya interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid pada waktu pembelajaran dijalankan. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para murid dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Kaedah mengajar adalah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Ada juga yang menyatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi kefahaman kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Kaedah pengajaran yang baik adalah kaedah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.

Seterusnya, berkaitan prinsip pembelajaran pula melalui latihan para murid mampu mengaplikasikan apa yang telah pelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima daripada apa yang telah guru tersebut ajar. Manakala, melalui prinsip bermatlamat pengajaran yang difokuskan memudahkan para murid mengikuti pembelajaran secara teratur dan sistematik dari peringkat senang ke peringkat yang sukar. Penglibatan aktif para murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan bagi menceriakan lagi suasana pengajaran. Suasana yang kondusif dan ceria serta harmoni mempengaruhi keselesaan dari segi minda, fizikal emosi dan rohani para murid. Seterusnya, guru perlu melakukan persiapan awal seperti memahami isi kandungan, persediaan bahan mengajar serta memahami latar belakang murid bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru perlulah mengkaji murid dengan menganalisis terhadap minat para murid terhadap situasi belajar serta mengasah bakat mereka. Unsur dorongan sebegini mampu meyakinkan para prlajar dan mengelakkan guru daripada merendahkan keupayaan murid serta memberi pujian melalui kata-kata positif. Faktor yang mempengaruhi kesediaan murid pula, dapat dilihat melalui kematangan fizikal para murid yang berupaya dari segi kognatif, afatif dan kemahiran. Para murid perlu mengekalkan minat untuk memberi tumpuan semasa guru mengajar. Dorongan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid mampu mengekalkan minat mereka untuk belajar pembelajaran tersebut. Tambahan lagi, aspek sosial dan persekitaran dapat digunapakai oleh guru untuk mengajar para murid agar lebih bersedia dalam penerimaan orang lain, prihatin terhadap persekitaran dan tidak egosentrik.

Kesimpulannya, para guru yang profesional perlulah menguasai 7 jenis pengetahuan bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajarn di dalam kelas iaitu iaitu pengetahuan tentang murid, pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum, konten-pedagogi, kandungan mata muridan yang diajar dan konteks pendidikan di Malaysia serta mengetahui tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia. Guru-guru juga mestilah menjalankan tanggungjawab mereka secara sistematik berdasarkan panduan yang disebutkan dalam pengurusan dan pembelajaran. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam pengurusan dan pembelajaran adalah menyediakan rancangan pengajaran iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian, membuat perancangan dan pelaksanaan penyampaian dan membuat perancangan dan pelaksanaan penilaian. Lantaran itu, guru wajib mengenalpasti dan mengetahui latar belakang para murid bagi memudahkan mereka untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar.  Oleh itu, panduan RPH yang dibuat ini sangat penting semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana ia mampu meningkatkan kecemerlangan para murid.


Rujukan:
1. Abdullah Sani Yahyaya. (2007). Mengurus Sekolah. Bayu Caves, Kuala Lumpur: Publising Sdn. Bhd


TAJUK 4: ORGANISASI DAN KEPIMPINAN


Organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerjasama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih. Selain itu juga, organisasi adalah sekelompok orang (dua atau lebih) yang secara formal dipersatukan dalam suatu kerjasama untuk mencapai tujuan yang telah ditetapkan. Manakala, kepimpinan bermaksud proses pengarahan tingkah laku orang lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Pengarahan bermaksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu atau mengikut sesuatu seperti polisi, organisasi, tatacara dan deskripsi kerja. 

Menurut Jamaliah Abdul Hamid (2005: 65), kepimpinan adalah daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan beliau sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui. Dalam konteks kepimpinan sesebuah komuniti, kepimpinan ditakrifkan sebagai daya pengaruh ke atas tingkah laku seseorang untuk mencapai matlamat bersama dengan menggunakan sistem dan sumber yang diiktirafkan oleh komuniti tersebut. Maka, daripada takrifan tersebut dapat diperlihatkan juga bahawa kepimpinan sebenarnya adalah pengaruh seseorang yang dibenarkan atau diterima oleh pengikut atau subordinatnya kerana kewujudan peruntukan atau kesefahaman tentang peranan dan kuasa pemimpinan di dalam sesebuah sistem tersebut.

Kepimpinan peringkat sekolah terbagai kepada 5 komponen. Pengetua, yang berperanan merancang dan menyelia pengurusan kurikulum dan membimbing warga sekolah. Penolong Kanan Pentadbiran, merancang dan menyedia jadual waktu dan guru ganti serta menyedia dan menganalisis keputusan perangkaan keputusan peperiksaan. Penolong Kanan HEM, menguruskan pendaftaran dan penyaluran murid dan menyelaraskan tugas dan aktiviti lembaga Disiplin Murid dan Badan Pengawas sekolah. PK Ko Kurikulum, merancang pembangunan kokurikulum dan menyelaras semua kegiatan-kegiatan persatuan, kelab dan persatuan unit beruniform. Guru Kanan Bidang, mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata murid dan menyelaraskan rancangan palajaran tahunan serta menyemak buku latihan murid secara rawak.

Seterusnya, jenis-jenis gaya kepimpinan pertama adalah transformasional merupakan gaya dimana pekerja diberi kuasa untuk menjalankan tugas yang tertentu serta diberi kuasa untuk membuat keputusan setelah mereka benar-benar mahir. Kedua, kepimpinan transaksional yang merupakan pemimpin yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab yang formal dalam sesebuah organisasi. Mereka akan menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipatuhi oleh pekerjanya. Ketiga, kepimpinan jenis instruksional, gaya ini memerlukan ketua untuk menetapkan matlamat yang jelas, menguruskan kurikulum, memantau rancangan murid, memperuntukkan sumber dan menilai guru secara teratur. Pengetua dan guru sentiasa berbincang tentang cara kerja mereka untuk menjadikannya lebih baik.



Tuntasnya, kepimpinan dan organisasi amat penting bagi membangunkan sesebuah pentadbiran yang licin. Organisasi mempunyai ahli-ahli (para guru) yang menyokong dan memberi bantuan serta mengikuti arahan pemimpinnya (pengetua) dalam melaksanakan sesuatu perkara di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah. Dalam hal ini, pengetua berperanan sebagai pemimpin, setiap guru mempunyai peranan masing-masing semasa berada di sekolah.

Rujukan:
1. Abdul Rahman Abdul Majid. (2010). Kepimpinan dan Penyeliaan Instruksional. Pusat Bandar Puchong: Multimedia Sdn. Bhd.
2. Ibrahim Mamat. (2001). Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

3. Jamaliah Abdul Hamid & Norashimah Ismail. (2005). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Universiti Putra Malaysia 2005.








TAJUK 5: PENGURUSAN MURID


Umumnya, pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang telah ditetapkan. Manakala,  murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Pengurusan didefinisikan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.

Memotivasikan murid merupakan bantuan yang dilakukan melalui guru terhadap muridnya dengan melafazkan kata-kata semangat kepada murid untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita mereka. Motivasi pula ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat (Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993). Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Terdapat dua jenis peneguhan motivasi iaitu sama ada positif atau negatif. Peneguhan positif adalah mendorong para murid untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. Misalnya, memberi pujian atau penghargaan kepada murid dengan satu gelaran yang baik. Manakala, peneguhan negatif pula, dapat membantu mengelakkan tingkah laku negatif yang boleh menghalang kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran seperti mengasingkan tempat duduk murid yang mempunyai masalah dalam tingkah laku.

Isi kedua iaitu tujuan pengurusan rekod murid adalah berdasarkan peta minda di bawah;


Isi ketiga iaitu jenis kesediaan belajar adalah berdasarkan peta minda di bawah;


Tuntasnya, pengurusan rekod murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu pentadbiran di sekolah dapat berjalan dengan lancar. Tambahan pula, setiap komuniti sekolah memainkan peranan yang penting dalam penjagaan rekod murid. Hal ini kerana, rekod murid merupakan cara terbaik dalam membentuk sahsiah murid ke arah yang lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu, para guru dan ibu bapa perlulah bersama-sama bertanggungjawab dalam membantu pihak sekolah dalam menguruskan rekod pengurusan murid.

Rujukan:
1. Burnham, W. (2007). Mengurus Kualiti di Sekolah. Taman Putera, Johor: Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru. Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan pustaka.






TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH



Pengurusan bilik darjah merupakan tindakan yang diambil oleh guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif untuk murid-muridnya. Ia juga merupakan cara pembelajaran dan pengajaran yang baik untuk meningkatkan akademik, sosial dan emosi pelajar. Selain itu, Pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan pilihan guru untuk mewujudkan suasana kelas yang seronok atau tidak membosankan bagi murid untuk belajar. Menurut Meng, E (1997: 150), pengurusan bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Penyusunan fizikal bilik darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta peminjaman cahaya dan udara yang secukupnya untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.  

Terdapat beberapa isi penting yang telah saya pelajari daripada topik ini. Guru berperanan sebagai pengelola dan tujuan utama pengurusan ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran dengan lebih berkesan. Hal ini demikian, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang terbaik dan memudahkan proses dan aktiviti pembelajaran murid-murid. Selain itu, guru juga perlu menguruskan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan ruang aktiviti secara berkumpulan atau membuat simulasi disamping melaksanakan aktiviti pembelajaran di luar kelas bagi menarik minat murid untuk belajar serta mengelakkan daripada murid belajar dalam suasana dan keadaan yang membosankan.

Guru perlu memastikan sudut dan ruang tersebut dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat, kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan bahan alat bantu mengajar atau info-info yang bermanfaat untuk murid-murid. Guru boleh menguruskan bilik darjah dengan memastikan murid-murid menjalankan tugas-tugas mereka mengikut jadual bertugas, mematuhi segala peraturan bilik darjah dan menguruskan keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran,

Kesimpulannya, sebagai seorang guru, kita hendaklah mengetahui apakah itu pengurusan bilik darjah dan bagaimanakah cara untuk menguruskannya supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai dan kondusif mengikut peredaran masa. Selain itu, guru juga perlu bijak dalam menguruskan bilik darjah agar tidak wujud masalah yang tidak diingini ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti masalah disiplin di dalam bilik darjah.





Rujukan:
1. Meng, E. (1994). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.

2. Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
3. Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.  

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER



Pengurusan bermaksud cara untuk mendapatkan sesuatu atau membuat penentuan ke atas pengagihan sumber dan merupakan proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Manakala, sumber bermaksud segala punca atau cara-cara tersedia yang ada pada diri individu itu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi permintaan. Jenis sumber yang dikatakan ialah manusia. Pengurusan sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.

Terdapat tiga isi penting yang telah saya pelajari daripada topik ini. Jenis sumber terbahagi kepada bahan bercetak dan bahan teknologi maklumat. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah diguna pakai oleh guru sejak sekian lama kerana harganya yang murah. Manakala, bahan teknologi maklumat digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai pelajar yang menyukainya. Para guru mempunyai kemudahan yang luas dalam menggunakan bahan teknologi maklumat ini kerana terdapat perisian-perisian percuma yang disediakan oleh kerajaan di setiap sekolah di seluruh negara dan perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada bagi kemudahan guru dalam menyampaikan pengajarannya dan para murid menerima pengajaran tersebut dengan lebih mudah dan mudah tidak bosan.

Selain itu, pembelajaran berasaskan sumber ini sangat penting kerana tanpa sumber ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya berfokuskan kepada guru sahaja. Pengajaran dan pembelajaran yang berasakan kepada guru sahaja tidak mencekupi dalam konteks mendidik para pelajar serta dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu agar lebih mudah dan cepat difahami oleh murid. Fungsi pusat sumber sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses pengajaran di dalam bilik darjah. Fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempat untuk mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. Dengan adanya pusat sumber, murid-murid yang mempunyai masa terluang boleh mengisi masa lapang mereka di pusat sumber tersebut.

Kesimpulannya, penggunaan sumber yang digunakan oleh para guru dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, guru-guru juga dapat menyampaikan sesuatu pengajaran dengan lebih berkesan berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah.

Rujukan:
1. Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: Penerbit Multimedi Sdn Bhd.  

2. Zaharah Mohd Saleh. (1999). Pengurusan Sumber di Sekolah. Pahang Barat, Kuala Lumpur: Rhythm Distributor Sdn Bhd.