Pengurusan merupakan proses untuk menjawab persoalan tentang
sesuatu secara efektif dan efisien. Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni
bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara
sistematik, teratur dan mengikut garis panduan tertentu. Seterusnya, pembelajaran
dapat didefinisikan sebagai suatu proses dimana suatu organisma berubah
perilakunya akibat pengalaman. Selain itu, belajar dan mengajar merupakan dua
konsep yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Dua konsep ini
menjadi lengkap dalam satu kegiatan dimana terjadinya interaksi antara guru
dengan murid dan murid dengan murid pada waktu pembelajaran dijalankan. Proses pengajaran
dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para murid dapat
mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Kaedah mengajar adalah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan
teratur. Ada juga yang menyatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan
untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi kefahaman
kepada murid bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Kaedah
pengajaran yang baik adalah kaedah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi tersusun
serta objektif yang tepat dan boleh dicapai.
Seterusnya, berkaitan prinsip pembelajaran pula
melalui latihan para murid mampu mengaplikasikan apa yang telah pelajari dan
dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima daripada apa yang telah guru
tersebut ajar. Manakala, melalui prinsip bermatlamat pengajaran yang difokuskan
memudahkan para murid mengikuti pembelajaran secara teratur dan sistematik dari
peringkat senang ke peringkat yang sukar. Penglibatan aktif para murid dalam
proses pengajaran dan pembelajaran sangat diperlukan bagi menceriakan lagi
suasana pengajaran. Suasana yang kondusif dan ceria serta harmoni mempengaruhi
keselesaan dari segi minda, fizikal emosi dan rohani para murid. Seterusnya, guru perlu melakukan persiapan awal
seperti memahami isi kandungan, persediaan bahan mengajar serta memahami latar
belakang murid bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Guru perlulah mengkaji murid dengan menganalisis terhadap minat para murid
terhadap situasi belajar serta mengasah bakat mereka. Unsur dorongan sebegini
mampu meyakinkan para prlajar dan mengelakkan guru daripada merendahkan
keupayaan murid serta memberi pujian melalui kata-kata positif. Faktor yang mempengaruhi kesediaan murid pula, dapat
dilihat melalui kematangan fizikal para murid yang berupaya dari segi kognatif,
afatif dan kemahiran. Para murid perlu mengekalkan minat untuk memberi tumpuan
semasa guru mengajar. Dorongan yang diberikan oleh guru kepada murid-murid
mampu mengekalkan minat mereka untuk belajar pembelajaran tersebut. Tambahan
lagi, aspek sosial dan persekitaran dapat digunapakai oleh guru untuk mengajar
para murid agar lebih bersedia dalam penerimaan orang lain, prihatin terhadap persekitaran
dan tidak egosentrik.
Kesimpulannya,
para guru yang profesional perlulah menguasai 7 jenis pengetahuan bagi menjayakan proses
pengajaran dan pembelajarn di dalam kelas iaitu iaitu pengetahuan tentang murid, pedagogi, pengetahuan tentang kurikulum, konten-pedagogi, kandungan mata muridan yang diajar dan konteks pendidikan di Malaysia serta mengetahui tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia. Guru-guru juga mestilah menjalankan
tanggungjawab mereka secara sistematik berdasarkan panduan yang disebutkan
dalam pengurusan dan pembelajaran. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh
guru dalam pengurusan dan pembelajaran adalah menyediakan rancangan pengajaran
iaitu Rancangan Pengajaran Harian (RPH), menentukan objektif pengajaran dan
pembelajaran, menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian,
membuat perancangan dan pelaksanaan penyampaian dan membuat perancangan dan
pelaksanaan penilaian. Lantaran itu, guru wajib mengenalpasti dan mengetahui
latar belakang para murid bagi memudahkan mereka untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lancar. Oleh itu, panduan RPH yang dibuat ini sangat
penting semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana ia mampu
meningkatkan kecemerlangan para murid.
Rujukan:
1. Abdullah Sani Yahyaya. (2007). Mengurus Sekolah. Bayu Caves,
Kuala Lumpur: Publising Sdn. Bhd
No comments:
Post a Comment