Umumnya, pengurusan bermaksud proses sosial
yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan
penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu
objektif yang telah ditetapkan. Manakala,
murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang
sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Pengurusan didefinisikan sebagai satu proses
mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan
dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh
pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
Memotivasikan murid merupakan bantuan yang
dilakukan melalui guru terhadap muridnya dengan melafazkan kata-kata semangat
kepada murid untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita mereka.
Motivasi pula ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit,
mengekal dan mengawal minat (Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993).
Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Terdapat dua jenis peneguhan motivasi iaitu
sama ada positif atau negatif. Peneguhan positif adalah mendorong para murid
untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
Misalnya, memberi pujian atau penghargaan kepada murid dengan satu gelaran yang
baik. Manakala, peneguhan negatif pula, dapat membantu mengelakkan tingkah laku
negatif yang boleh menghalang kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran
seperti mengasingkan tempat duduk murid yang mempunyai masalah dalam tingkah
laku.
Isi kedua iaitu tujuan pengurusan rekod murid adalah berdasarkan peta minda di bawah;
Isi ketiga iaitu jenis kesediaan belajar adalah berdasarkan peta minda di bawah;
Tuntasnya, pengurusan rekod murid merupakan sesuatu
yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu pentadbiran
di sekolah dapat berjalan dengan lancar. Tambahan pula, setiap komuniti sekolah memainkan peranan
yang penting dalam penjagaan rekod murid. Hal ini kerana, rekod murid
merupakan cara terbaik dalam membentuk sahsiah murid ke arah yang lebih baik
dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan.
Oleh itu, para guru dan ibu bapa perlulah bersama-sama bertanggungjawab dalam
membantu pihak sekolah dalam menguruskan rekod pengurusan murid.
Rujukan:
1. Burnham, W.
(2007). Mengurus Kualiti di Sekolah. Taman Putera, Johor: Institusi
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
2. Kementerian
Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru
Besar dan Guru. Hulu Kelang, Selangor: Dewan Bahasa dan pustaka.
No comments:
Post a Comment