Abdullah Sani Yahaya (2007: 1) menurut Akta
Pendidikan, sekolah boleh ditakrifkan sebagai satu tempat di mana sepuluh atau
lebih orang murid biasa diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah
tetapi tidak termasuk mana-mana tempat di mana terhad kepada pelajaran Islam
sahaja. Seterusnya, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan
mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga dikenali sebagai
pusat penyebaran ilmu untuk mendidik. Manakala, persekitaran membawa maksud
kawasan di sekeliling sesuatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada
suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah
sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di
sekolah.
Terdapat tiga isi penting yang saya perolehi daripada topik ini
iaitu berkaitan ciri-ciri kelas yang kondusif merupakan hubungan saling
menghormati antara guru dan para pelajarnya. Selain itu, kesukaran
pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak
pentadbiran sekolah serta perasaan kekitaan yang timbul dalam kalangan pelajar
dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. Seterusnya, hubungan sekolah dengan masyarakat. Sekolah meruapakan
satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada
massyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya
generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah
juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut
aliran dan kehendak masyarakat. Selain itu, sekolah merupakan sebuah organisasi
yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantungan
dengan pihak luar.
Selanjutnya, peranan sekolah kepada masyarakat. Sekolah melibatkan
proses sosiolisasi di mana kanak-kanak belajar tentang kelakuan masyarakat di
sekelilingnya dan menjadikan perlakuan ini sebagai ajaran tingkah laku mereka.
Pendidikan dianggap sebagi satu proses membentuk manusia yang sangggup
berfikiran secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi
kemahiran teknikal dan psikomotor. Persekolahan yang berorganisasi memainkan
peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai
dalam norma masyarakat. Tuntasnya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan
antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar
juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).
Rujukan:
1. Omardin
Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Cheras, Selangor: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
2. Abdullah Sani
Yahyaya. (2007). Mengurus Sekolah. Batu Caves, Selangor: Publising Sdn
Bhd.
3. Anwar Jasin.
(1996). Pembelajaran Efektif. Palmerah Selatan, Jakarta: Pt Grameta.
No comments:
Post a Comment