Strategi merupakan ilmu yang berkaitan dengan cara-cara
merancang dengan teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Konsep
pengurusan bilik darjah mempunyai guru sebagai watak utama untuk menguruskan
rutin bilik darjah dan murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut
jadual bertugas yang telah disediakan. Perkara tersebut termasuklah
membersihkan bilik darjah, menguruskan murid agar mematuhi segala peraturan
yang telah ditetapkan dalam bilik darjah, menguruskan bahan bantu mengajar
supaya dapat digunakan dengan berkesan dan menguruskan aktiviti kumpulan supaya
dilaksanakan mengikut perancangan serta menguruskan keadaan fizikal bilik darjah
selepas digunakan supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Menurut James Ang (2014), pengurusan bilik
darjah ini merupakan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Menurut Meng. E (1997: 63)
pula, konsep bilik darjah ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri
penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat-tempat seperti sebuah bilik yang
mengandungi sekumpulan pelajar di bawah jagaan seorang guru, sebuah padang, sebuah
makmal sains yang sedang dijalankan ujikaji, sekumpulan murid sedang menonton
program televisyen pendidikan di pusat sumber juga boleh digolongkan di bawah
konsep bilik darjah.
Faktor yang mempengaruhi bilik darjah
terbahagi kepada faktor sosial iaitu merujuk kepada hubungan antara keperluan
emosi individu dan persekitaran sosisalnya. Faktor yang memberi kesan kepada
persekitaran psikososial yang sihat adalah pendekatan pengajaran, gaya
kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan. Selain
itu, faktor emosi merupakan gaya kepimpinan (autoritarian) iaitu mengawal
pelajar melalui ganjaran dan hukuman. Oleh itu, wujud suasana tertekan dan
tidak konduksif semasa berada di dalam bilik darjah.
Seterusnya, peranan guru di dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu mendalami latar
belakang pelajar yang berada di dalam bilik darjahnya. Guru perlulah mengenali
muridnya dalam aspek budaya, keluarga dan juga ekonomi. Melalui pengetahuan
maklumat tersebut, ia dapat memudahkan para guru untuk merancang dan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, guru perlulah
merancang persekitaran bilik darjah. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan
konduksif. Hiasan bilik darjah perlulah dititikberatkan untuk keselesaan semasa
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selanjutnya,
guru haruslah mengenal pasti pelajar yang memiliki gaya belajar visual iaitu
pelajar yang cenderung mempelajari sesuatu melalui penglihatan. Guru boleh
menggunakan bahan bantu mengajar melalui media dengan meminta pendapat para
pelajar mengenai apa yang disampaikan oleh media tersebut. Contohnya, buku,
majalah, peta dan lain-lain. Selain itu, guru juga perlulah melihat tahap pembelajaran
pelajar yang lebih cenderung menggunakan pendengaran sebagai saranan dalam
mencapai keberkesanan dalam pembelajarannya. Gaya belajar auditori ini bersifat
eksternal dengan cara mengeluarkan suara atau bunyi. Mereka dapat belajar
dengan cara merakam, perbincangan, mendengar muzik atau kerja kumpulan.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang efektif
tidak akan berlaku tanpa perancangan yang baik dan sempurna. Jelaslah bahawa
pengurusan bilik darjah merupakan perkara penting yang memerlukan pengetahuan,
kemahiran serta kesabaran bagi memperoleh kesan yang maksimum. Selain itu, guru
perlulah mendapatkan maklumat yang secukupnya mengenai bilik darjah yang
berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi,
Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dengan lancar.
Rujukan:
1. Sang, S, M.
(1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya,
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
2. Sang, S, M.
(2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor:
PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment