Saturday, 15 December 2018

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN



Menurut Nasution (1995: 1) sosiologi pendidikan tidak mudah. Para ahli pendidikan dan ahli sosiologi telah berusaha untuk memberikan definisi sosiologi pendidikan namun definisi ini banyak tidak dipakai oleh orang lapangan disebabkan sukarnya membatasi bidang studi di antara bidang pendidikan dan bidang sosiologi. Sosiologi adalah satu bidang sains kemasyarakatan. Manakala, sosiologi pendidikan adalah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi. Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial serta merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan bermula dari pemindahan nilai norma dalam keluarga atau budaya.


Tiga topik penting yang saya pelajari dalam topik ini yang berkaitan dengan gaya pembelajaran utama iaitu yang pertama tujuan sosiologi pendidikan ini adalah untuk menganalisis proses sosiolisasi. Ahli sosiolisasi beranggapan seluruh proses sosiolisasi kanak-kanak merupakan pusat pemerhatian bidang pembelajarannya. Mereka mengutamakan proses bagaimana kumpulan sosial mempengaruhi kelakuan individu. Francis Brown antara yang mengemukakan pendapat iaitu sosiologi pendidikan memperhatikan pengaruh keseluruhan lingkungan budaya sebagai tempat dan cara individu memperoleh dan mengorganisasi pengalamannya. Sosiologi pendidikan adalah cara mengendalikan proses pendidikan untuk memperoleh perkembangan keperibadian individu yang lebih baik.

Jenis sosialisasi terbahagi kepada tiga. Pertama, permulaan berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar dari keluarga atau orang yang lebih dewasa bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor dan pengakulan serta kemahiran bahasa.  Seterusnya, sekunder (sosiologi penyertaan) merupakan satu proses sosiolisasi rangsangan di luar lengkungan premier (keluarga) serta proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosialiasi seperti rakan sebaya, guru, media massa, bahan sosial dan ras. Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya. Selanjutnya, sosiolisasi semula (resosialisasi) merupakan proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada. Hal ini boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam mesyuarat, sekolah dan bilik darjah. Faktor yang melengkapkan sosialisasi ini temasuklah keluarga, agama, pendidikan, ekonomi dan kerajaan iaitu suasana persekitaran politik.


            Kesimpulannya, sosiologi dan pendidikan merupakan sosiologi melibatkan manusia oleh itu skop kajian adalah sangat meluas, pendidikan dikelilingi dengan unsur kemanusiaan dan pendidik harus tahu peranan mereka dalam dunia sosial. Justeru, pendidik perlu tahu tentang sosiologi kerana mereka berkhidmat di dunia pendidikan yang dikelilingi masyarakat. Selain itu, masyarakat  sangat berkait rapat dengan sosiologi. Oleh yang demikian, pendidikan dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat berkaitan antara satu dengan lain malah fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.


Rujukan:
1. Nasution, Ma. (1995). Sosiologi Pendidikan Edisi ke-2. Jakarta. Bumi Aksara.

No comments:

Post a Comment