Monday, 10 December 2018

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhatikan, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Selanjutnya, tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, tindak balas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Perubahan tingkah laku merujuk kepada tiga dominan psikologi, iaitu perubahan fizikal (psikomotor), nilai dan moral (afektif) serta pemikiran (kognitif). Menurut gordon (2001: 18) pengurusan disiplin bilik darjah merupakan perkara yang penting dan amat sukar sekali bagi seseorang guru terutamanya guru baru. Kemampuan guru yang dapat mengawal sesetengah kategori pelajar bermasalah tingkah laku dan ada yang hanya mampu untuk kategori pelajar yang lain (campbell et al. 2004). Tingkah laku pelajar terbahagi kepada dua iaitu negatif dan positif seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Seterusnya, masalah yang sering berlaku di sekolah adalah seperti gejala buli, merokok, ponteng kelas, datang lewat ke sekolah, dadah dan sebagainya. Masalah disiplin ini berkemungkinan besar berpunca daripada masalah keluarga. Hal ini kerana, keluarga merupakan orang yang terdekat dengan kita selain rakan karib. Keluarga memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang berakhlak mulia. Sekiranya ibu bapa tidak menjalankan tugas dengan baik, maka anak-anak mereka akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Namun begitu, dalam konteks di Malaysia, terdapat undang-undang dan peraturan disiplin yang dipraktikkan di sekolah-sekolah seperti peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957. Hal ini bertujuan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah.

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan yang sempurna. Guru merupakan ‘role model’ di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, segala kelakuan yang seseorang guru itu lakukan akan diikuti oleh para pelajarnya sama ada berjaya ataupun tidak seseorang pelajar itu menerima pembelajaran adalah bergantung kepada kekreatifan seseorang guru itu menyampaikan maklumat atau sukatan pembelajaran tersebut. Tambahan pula, minat seseorang murid terhadap sesuatu pembelajaran adalah bergantung pada guru tersebut menguruskan bilik darjah yang terancang dan menarik. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam mengatur strategi untuk menguruskan bilik darjah bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.



Rujukan:
1. Asniyati Ahmad. (2013). Pengurusan Disiplin Pelajar Di Sekolah Gugusan Bandar Mas, Kota Tinggi. Disertasi Yang Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat Untuk Memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan Sosiologi Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Mohd Ismail Othman (2006). Menangani Disiplin Di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.

4. Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Husaina Banu Kenayatullah, & Simin Ghavifekr. (2014). Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luarbandar: Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1) 7. http://repository.um.edu.my/38864/1/templates 2.pdf

5. Salwana Mohamed Nor. (2013).Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Daerah Pasir Gudang, Johor. Disertasi Yang Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat Untuk Memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan & Pentadbiran. Universiti Teknologi Malaysia.

6. Sang, M. S. (2008). Pengurusan Hal Ehwal Pelajar. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

7. Sang, M. S. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


No comments:

Post a Comment