Friday, 14 December 2018

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER



Pengurusan bermaksud cara untuk mendapatkan sesuatu atau membuat penentuan ke atas pengagihan sumber dan merupakan proses aktiviti tadbir untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan. Manakala, sumber bermaksud segala punca atau cara-cara tersedia yang ada pada diri individu itu, keluarga dan di dalam persekitaran yang disedari atas potensinya atau kebolehannya memenuhi permintaan. Jenis sumber yang dikatakan ialah manusia. Pengurusan sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.

Terdapat tiga isi penting yang telah saya pelajari daripada topik ini. Jenis sumber terbahagi kepada bahan bercetak dan bahan teknologi maklumat. Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, esiklopedia, surat khabar, buku teks dan sebagainya. Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah diguna pakai oleh guru sejak sekian lama kerana harganya yang murah. Manakala, bahan teknologi maklumat digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ramai pelajar yang menyukainya. Para guru mempunyai kemudahan yang luas dalam menggunakan bahan teknologi maklumat ini kerana terdapat perisian-perisian percuma yang disediakan oleh kerajaan di setiap sekolah di seluruh negara dan perisian tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada bagi kemudahan guru dalam menyampaikan pengajarannya dan para murid menerima pengajaran tersebut dengan lebih mudah dan mudah tidak bosan.

Selain itu, pembelajaran berasaskan sumber ini sangat penting kerana tanpa sumber ilmu pengetahuan pelajar tidak akan berkembang disebabkan pelajar tersebut hanya berfokuskan kepada guru sahaja. Pengajaran dan pembelajaran yang berasakan kepada guru sahaja tidak mencekupi dalam konteks mendidik para pelajar serta dapat membantu guru untuk menyampaikan ilmu agar lebih mudah dan cepat difahami oleh murid. Fungsi pusat sumber sebagai tempat rujukan utama bagi kegiatan belajar dan mengajar. Para guru dan pelajar akan sentiasa membuat rujukan dan mencari bahan daripada perpustakaan. Para guru akan mencari bahan yang bersesuaian bagi membuat persediaan dalam proses pengajaran di dalam bilik darjah. Fungsi dan peranan pusat sumber juga berperanan sebagai tempat untuk mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. Dengan adanya pusat sumber, murid-murid yang mempunyai masa terluang boleh mengisi masa lapang mereka di pusat sumber tersebut.

Kesimpulannya, penggunaan sumber yang digunakan oleh para guru dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu, guru-guru juga dapat menyampaikan sesuatu pengajaran dengan lebih berkesan berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat persedian mengajar. Sumber manusia merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi di sekolah.

Rujukan:
1. Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: Penerbit Multimedi Sdn Bhd.  

2. Zaharah Mohd Saleh. (1999). Pengurusan Sumber di Sekolah. Pahang Barat, Kuala Lumpur: Rhythm Distributor Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment