Pengurusan ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan sesuatu kerja yang terancang melalui pelaksanaan secara sistematik, teratur dan mengikut garis panduan tertentu. Selain itu, pengurusan juga merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi. Malah ia penting dalam sesebuah institusi atau sektor. Pengurusan yang baik dan cekap akan melahirkan sebuah organisasi yang maju dan berdaya saing. Pengurusan yang baik juga memberi kesan positif kepada seisi kakitangan dalam sesebuah organisasi itu. Selain itu, pengurusan pengajaran ini melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha para ahli organisasi dan menggunakan semua sember organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.
Pembelajaran adalah usaha sadar guru untuk membantu siswa atau anak didik agar mereka dapat belajar sesuai dengan minatnya. Seterusnya, Inti dari pembelajaran itu adalah segala upaya yang dilakukan oleh guru atau pendidik agar terjadi proses belajar pada diri siswa. Secara implisit, di dalam pembelajaran, ada kegiatan memilih, menetapkan dan mengembangkan metode untuk mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Pembelajaran lebih menekankan cara-cara untuk mencapai tujuan dan berkaitan dengan bagaimana cara mengorganisasikan pelajaran, menyampaikan pelajaran dan mengelola pembelajaran.
Tiga topik penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan gaya pembelajaran yang utama. Pertama, gaya pembelajaran visual di mana subtopik ini menerangkan jenis pelajar yang mempunyai cara tersendiri untuk belajar. Dalam gaya pembelajaran ini, murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, pada papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mudah mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid "visual" tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid "auditori" tetapi mereka biasanya dapat belajar melalui pembacaan. Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan apabila mereka ingin mengingati sesuatu (Murdoch Teacher Center, 1984).
Terdapat pelajar yang suka belajar dengan huruf atau gambar rajah dan teks. Hal ini memudahkan mereka untuk memahami isi kandungan yang ingin disampaikan oleh seseorang guru. Seterusnya, terdapat pelajar yang lebih cenderung mempelajari sesuatu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka mempelajari sesuatu melalui penglihatan. Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran ini hanya perlu menulis nota apabila mengingati sesuatu dan tidak perlu penerangan lisan. Sebagai contoh, semasa dalam kelas, pelajar menyalin semula nota yang diberi oleh guru dan cuba membuat rujukan berbentuk teks dan gambar untuk menambahkan pengetahuannya terhadap pembelajaran.
Gaya pembelajaran seterusnya adalah gaya pembelajaran auditori dan ia merupakan satu jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan daripada guru. Dalam situasi ini, para pelajar perlu mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Sebagai contoh, pelajar yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar pelajar lain serta berbincang dengan guru. Selain itu, gaya pembelajaran kinestetik pula tertumpu kepada pembelajaran para pelajar di mana murid dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Pelajar yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu. Tambahan pula, pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran seperti ini gemar untuk menyentuh dengan bidang objek yang digemari kerana mereka suka terhadap bidang yang dapat memberi pengalaman realiti kepada mereka.
Dalam gaya pembelajaran ini, murid "kinestetik" belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on (Murdoch Teacher Center, 1984). Implikasinya, gaya pembelajaran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Selain itu, ia dapat membantu guru menjadi lebih sensitif terhadap perbezaan gaya pembelajaran setiap pelajar di sekolah. Malah, ia juga dapat membantu para guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk merancang pengajaran yang sesuai bagi pelajar serta dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Tuntasnya, pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latar belakang pelajar dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar. Lantaran itu, ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai; penyabar menghadapi karenah pelajar daripada pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. Oleh itu, guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila menguruskan pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.
Rujukan:
1. Mulyono Abdurrahman. (2003). Pendidikan bagi anak kesulitan belajar. Jakarta: Pusat Perbukuan Department Pendidikan dan Kebudayaan.
2. Omar Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Kuchai Lama, Kuala Lumpur: Utusan Publications Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment