Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang
dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan
ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Penasihat
bermaksud ajaran atau tunjuk ajar, peringatan, melalui percakapan yang baik kepada seseorang
tentang pelbagai hal. Murid pula bermaksud seseorang yang sedang berguru atau
belajar di sekolah. Menurut Engr Sayyid
Khaim Husayn Naqawi yang dikutip oleh Abudin Nata, menyebutkan bahawa perkataan
murid berasal daripada bahasa arab, yang ertinya orang yang menginginkan (the willer). Menurut Abudin Nata pula, kata murid
diertikan sebagai orang yang menghendaki untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,
ketrampilan, pengalaman dan kepribadian yang baik sebagai bekal hidupnya agar
bahagia dunia dan akhirat dengan belajar bersungguh-sungguh.
Tujuan penasihat adalah untuk memberi bimbingan
kepada para pelajar bagi membantu mereka mencapai akademik dan bertujuan
pemilihan kerjaya pada masa akan datang serta pembentukan sahsiah dan kemahiran
sosial. Nasihat merupakan suatu panduan dan pandangan mengenai sesuatu isu atau
permasalahan yang berlaku. Para penasihat menggunakan pendekatan kaedah lisan
atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat kehidupannya. Strategi
dan teknik penasihatan juga dilakukan melalui pendekatan efektif iaitu
menggunakan kerusi kosong dan raptai. Selain itu, pendekatan behavioural latihan
bertenang melalui maklum balas, program pengurusan kendiri dan mengajar kawalan
badan serta pendekatan kognitif iaitu mempertikai, membahas, mencabar, mengajar
dan menjelaskan sesuatu keadaan.
Seterusnya, fungsi mentoring
pula terbahagi kepada fungsi psikososial iaitu membina kepercayaan
interpersonal dan termasuk tingkah laku yang meningkatkan identiti, harga diri
dan keberkesanan diri. Fungsi karier pula, membimbing mentee dengan mempelajari tingkah laku untuk melakukan sesuatu yang
asas dalam sesuatu perkara. Tuntasnya, penasihatan merupakan salah satu daripada
beberapa cara untuk membantu individu yang sedang menghadapi masalah dengan
memberikan nasihat bagi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan
individu yang terlibat serta mengajar
individu tersebut untuk berfikir dan bertindak secara waras. Khidmat nasihat di
sekolah adalah sangat penting bagi semua pelajar yang bermasalah mahupun tidak
kerana pelajar memerlukan bimbingan positif daripada seseorang yang
berpengalaman selain daripada ahli kelurga. Oleh itu, pengurusan penasihat
murid ini sangat digalakkan dan bermanfaat dilaksanakan di sekolah.
Rujukan:
1. Aminah Haji
Hashim. (1994). Keperluan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Satu
Tinjauan. Cheras Jaya, Selangor: Univerisit Pertanian Malaysia.
2. Meng A, E.
(1990). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Petaling Jaya, Selangor:
Fajar Bakti Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment