Pengurusan bilik darjah merupakan tindakan
yang diambil oleh guru untuk menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif untuk
murid-muridnya. Ia juga merupakan cara pembelajaran dan pengajaran yang baik
untuk meningkatkan akademik, sosial dan emosi pelajar. Selain itu, Pengurusan bilik darjah juga dikaitkan dengan pilihan
guru untuk mewujudkan suasana kelas yang seronok atau tidak membosankan bagi
murid untuk belajar. Menurut Meng, E (1997: 150), pengurusan bilik darjah
merupakan satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah,
serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Penyusunan fizikal bilik
darjah merangkumi aspek penyusunan kerusi dan meja serta peminjaman cahaya dan
udara yang secukupnya untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Terdapat beberapa isi penting yang telah saya
pelajari daripada topik ini. Guru berperanan sebagai pengelola dan tujuan utama
pengurusan ini adalah untuk mewujudkan aktiviti pembelajaran dengan lebih
berkesan. Hal ini demikian, keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan
menggunakan kemahiran mengajar yang terbaik dan memudahkan proses dan aktiviti
pembelajaran murid-murid. Selain itu, guru juga perlu menguruskan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan ruang aktiviti secara
berkumpulan atau membuat simulasi disamping melaksanakan aktiviti pembelajaran
di luar kelas bagi menarik minat murid untuk belajar serta mengelakkan daripada
murid belajar dalam suasana dan keadaan yang membosankan.
Guru perlu memastikan
sudut dan ruang tersebut dikelola dalam keadaan yang kemas, teratur, selamat,
kondusif dan dilengkapkan dengan bahan-bahan yang sesuai dengan bahan alat
bantu mengajar atau info-info yang bermanfaat untuk murid-murid. Guru boleh menguruskan
bilik darjah dengan memastikan murid-murid menjalankan tugas-tugas mereka
mengikut jadual bertugas, mematuhi segala peraturan bilik darjah dan menguruskan keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi
lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
Kesimpulannya, sebagai seorang
guru, kita hendaklah mengetahui apakah itu pengurusan bilik darjah dan bagaimanakah
cara untuk menguruskannya supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang
sesuai dan kondusif mengikut peredaran masa. Selain itu, guru juga perlu bijak dalam menguruskan bilik darjah agar
tidak wujud masalah yang tidak diingini ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung seperti masalah disiplin di dalam bilik darjah.
Rujukan:
1. Meng, E.
(1994). Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah Shah Alam, Selangor:
Fajar Bakti Sdn Bhd.
2. Sang, S, M.
(1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya,
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
3. Sang, S, M.
(2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor:
PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.
No comments:
Post a Comment