Monday, 10 December 2018

TAJUK 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH


Strategi merupakan ilmu yang berkaitan dengan cara-cara merancang dengan teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Konsep pengurusan bilik darjah mempunyai guru sebagai watak utama untuk menguruskan rutin bilik darjah dan murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas yang telah disediakan. Perkara tersebut termasuklah membersihkan bilik darjah, menguruskan murid agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam bilik darjah, menguruskan bahan bantu mengajar supaya dapat digunakan dengan berkesan dan menguruskan aktiviti kumpulan supaya dilaksanakan mengikut perancangan serta menguruskan keadaan fizikal bilik darjah selepas digunakan supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Menurut James Ang (2014), pengurusan bilik darjah ini merupakan usaha-usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan di sekolah. Menurut Meng. E (1997: 63) pula, konsep bilik darjah ditafsirkan mengikut fungsi pendidikan atau ciri penyusunan fizikal. Oleh itu, tempat-tempat seperti sebuah bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar di bawah jagaan seorang guru, sebuah padang, sebuah makmal sains yang sedang dijalankan ujikaji, sekumpulan murid sedang menonton program televisyen pendidikan di pusat sumber juga boleh digolongkan di bawah konsep bilik darjah.

Faktor yang mempengaruhi bilik darjah terbahagi kepada faktor sosial iaitu merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dan persekitaran sosisalnya. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat adalah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan. Selain itu, faktor emosi merupakan gaya kepimpinan (autoritarian) iaitu mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman. Oleh itu, wujud suasana tertekan dan tidak konduksif semasa berada di dalam bilik darjah.

Seterusnya, peranan guru di dalam bilik darjah. Seseorang guru perlu mendalami latar belakang pelajar yang berada di dalam bilik darjahnya. Guru perlulah mengenali muridnya dalam aspek budaya, keluarga dan juga ekonomi. Melalui pengetahuan maklumat tersebut, ia dapat memudahkan para guru untuk merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, guru perlulah merancang persekitaran bilik darjah. Persekitaran fizikal bilik darjah mestilah menarik dan konduksif. Hiasan bilik darjah perlulah dititikberatkan untuk keselesaan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Selanjutnya, guru haruslah mengenal pasti pelajar yang memiliki gaya belajar visual iaitu pelajar yang cenderung mempelajari sesuatu melalui penglihatan. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar melalui media dengan meminta pendapat para pelajar mengenai apa yang disampaikan oleh media tersebut. Contohnya, buku, majalah, peta dan lain-lain. Selain itu, guru juga perlulah melihat tahap pembelajaran pelajar yang lebih cenderung menggunakan pendengaran sebagai saranan dalam mencapai keberkesanan dalam pembelajarannya. Gaya belajar auditori ini bersifat eksternal dengan cara mengeluarkan suara atau bunyi. Mereka dapat belajar dengan cara merakam, perbincangan, mendengar muzik atau kerja kumpulan.

            Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang efektif tidak akan berlaku tanpa perancangan yang baik dan sempurna. Jelaslah bahawa pengurusan bilik darjah merupakan perkara penting yang memerlukan pengetahuan, kemahiran serta kesabaran bagi memperoleh kesan yang maksimum. Selain itu, guru perlulah mendapatkan maklumat yang secukupnya mengenai bilik darjah yang berkenaan. Persediaan JERISAH (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosialisasi, Alam, Hamba-Allah) guru yang lengkap akan membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.



Rujukan:
1. Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

2. Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: PENERBIT Multimedi Sdn Bhd.  

TAJUK 9: PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


Tingkah laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhatikan, diukur dan dinilai serta sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Selanjutnya, tingkah laku juga merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, tindak balas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Perubahan tingkah laku merujuk kepada tiga dominan psikologi, iaitu perubahan fizikal (psikomotor), nilai dan moral (afektif) serta pemikiran (kognitif). Menurut gordon (2001: 18) pengurusan disiplin bilik darjah merupakan perkara yang penting dan amat sukar sekali bagi seseorang guru terutamanya guru baru. Kemampuan guru yang dapat mengawal sesetengah kategori pelajar bermasalah tingkah laku dan ada yang hanya mampu untuk kategori pelajar yang lain (campbell et al. 2004). Tingkah laku pelajar terbahagi kepada dua iaitu negatif dan positif seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Seterusnya, masalah yang sering berlaku di sekolah adalah seperti gejala buli, merokok, ponteng kelas, datang lewat ke sekolah, dadah dan sebagainya. Masalah disiplin ini berkemungkinan besar berpunca daripada masalah keluarga. Hal ini kerana, keluarga merupakan orang yang terdekat dengan kita selain rakan karib. Keluarga memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi yang berakhlak mulia. Sekiranya ibu bapa tidak menjalankan tugas dengan baik, maka anak-anak mereka akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral. Namun begitu, dalam konteks di Malaysia, terdapat undang-undang dan peraturan disiplin yang dipraktikkan di sekolah-sekolah seperti peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957. Hal ini bertujuan mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar di sekolah.

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik tidak akan berlaku tanpa perancangan yang sempurna. Guru merupakan ‘role model’ di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, segala kelakuan yang seseorang guru itu lakukan akan diikuti oleh para pelajarnya sama ada berjaya ataupun tidak seseorang pelajar itu menerima pembelajaran adalah bergantung kepada kekreatifan seseorang guru itu menyampaikan maklumat atau sukatan pembelajaran tersebut. Tambahan pula, minat seseorang murid terhadap sesuatu pembelajaran adalah bergantung pada guru tersebut menguruskan bilik darjah yang terancang dan menarik. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam mengatur strategi untuk menguruskan bilik darjah bagi menarik minat pelajar untuk belajar serta tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.



Rujukan:
1. Asniyati Ahmad. (2013). Pengurusan Disiplin Pelajar Di Sekolah Gugusan Bandar Mas, Kota Tinggi. Disertasi Yang Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat Untuk Memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan Sosiologi Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Mohd Ismail Othman (2006). Menangani Disiplin Di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.

4. Muhammad Faizal A. Ghani, Norfariza Mohd Radzi, Husaina Banu Kenayatullah, & Simin Ghavifekr. (2014). Pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luarbandar: Perspektif pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(1) 7. http://repository.um.edu.my/38864/1/templates 2.pdf

5. Salwana Mohamed Nor. (2013).Pengurusan Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Daerah Pasir Gudang, Johor. Disertasi Yang Dikemukakan Bagi Memenuhi Syarat Untuk Memperolehi Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan & Pentadbiran. Universiti Teknologi Malaysia.

6. Sang, M. S. (2008). Pengurusan Hal Ehwal Pelajar. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

7. Sang, M. S. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHAT MURID



Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Penasihat bermaksud ajaran atau tunjuk ajar, peringatan,  melalui percakapan yang baik kepada seseorang tentang pelbagai hal. Murid pula bermaksud seseorang yang sedang berguru atau belajar di sekolah. Menurut Engr Sayyid Khaim Husayn Naqawi yang dikutip oleh Abudin Nata, menyebutkan bahawa perkataan murid berasal daripada bahasa arab, yang ertinya orang yang menginginkan (the willer). Menurut Abudin Nata pula, kata murid diertikan sebagai orang yang menghendaki untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, ketrampilan, pengalaman dan kepribadian yang baik sebagai bekal hidupnya agar bahagia dunia dan akhirat dengan belajar bersungguh-sungguh.

Tujuan penasihat adalah untuk memberi bimbingan kepada para pelajar bagi membantu mereka mencapai akademik dan bertujuan pemilihan kerjaya pada masa akan datang serta pembentukan sahsiah dan kemahiran sosial. Nasihat merupakan suatu panduan dan pandangan mengenai sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku. Para penasihat menggunakan pendekatan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat kehidupannya. Strategi dan teknik penasihatan juga dilakukan melalui pendekatan efektif iaitu menggunakan kerusi kosong dan raptai. Selain itu, pendekatan behavioural latihan bertenang melalui maklum balas, program pengurusan kendiri dan mengajar kawalan badan serta pendekatan kognitif iaitu mempertikai, membahas, mencabar, mengajar dan menjelaskan sesuatu keadaan.

Seterusnya, fungsi mentoring pula terbahagi kepada fungsi psikososial iaitu membina kepercayaan interpersonal dan termasuk tingkah laku yang meningkatkan identiti, harga diri dan keberkesanan diri. Fungsi karier pula, membimbing mentee dengan mempelajari tingkah laku untuk melakukan sesuatu yang asas dalam sesuatu perkara. Tuntasnya, penasihatan merupakan salah satu daripada beberapa cara untuk membantu individu yang sedang menghadapi masalah dengan memberikan nasihat bagi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat serta mengajar individu tersebut untuk berfikir dan bertindak secara waras. Khidmat nasihat di sekolah adalah sangat penting bagi semua pelajar yang bermasalah mahupun tidak kerana pelajar memerlukan bimbingan positif daripada seseorang yang berpengalaman selain daripada ahli kelurga. Oleh itu, pengurusan penasihat murid ini sangat digalakkan dan bermanfaat dilaksanakan di sekolah.

Rujukan:
1. Aminah Haji Hashim. (1994). Keperluan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah Satu Tinjauan. Cheras Jaya, Selangor: Univerisit Pertanian Malaysia.

2. Meng A, E. (1990). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Petaling Jaya, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Sunday, 9 December 2018

TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah ini lebih merujuk kepada cara dan gaya guru serta staf bekerja dalam satu kumpulan serta merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Dalam budaya sekolah, terkandungnya corak idea, norma, pemikiran, dan nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan kelakuan individu. Tambahan pula, budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Contohnya, budaya belajar, budaya berpakaian, budaya hormat-menghormati dan budaya berpakaian dan sebagainya.

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini adalah berkaitan pelajar yang diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Selain itu, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya antara satu dengan yang lain. Seterusnya, kriteria-kriteria fizikal umum untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra dari segi fizikal iaitu terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. Selain itu, mencat dinding dengan warna-warni supaya kelihatan ceria dan lembut bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Oleh itu, pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan terbentuk dan dapat merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Tambahan pula, menyusun atur tempat duduk semula para pelajar dalam bilik darjah supaya dapat mewujudkan kesemarataan taburan antara para pelajar dari pelbagai kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan.

Dari segi sudut-sudut pembelajaran dan bacaan, sudut-sudut ini dapat mendedahkan para pelajar kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung para pelajar dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga perlulah mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik dimana sudut-sudut ini akan menyedarkan pelajar betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung perkara ini akan mewujudkan suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Selanjutnya, peranan guru sebagai ’Physical Enviroment Designer’. Para guru mestilah mengambil perhatian terhadap kepelbagaian dan perbezaan individu dalam bilik darjah. Antara ciri yang perlu diambil perhatian termasuklah guru perlulah mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu dan memahami setiap pelajar serta mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan lebih mendalam.

Kesimpulannya, guru merupakan penggerak dan pendorong, perancang dan pemupuk semangat serta pembentuk sahsiah pelajar. Bagi memenuhi tanggungjawab ini, guru perlulah lebih peka dalam memberi penekanan terhadap aspek bahan pengajaran yang dibawa ke dalam bilik darjah. Pendidikan dilihat sebagai saluran untuk menyampaikan ciri-ciri masyarakat dan kebudayaan ke dalam minda generasi muda. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rujukan:
1. Sang, S, M. (1997).Pedagogi I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah.Subang Jaya, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

2. Sang, S, M. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong, Selangor: Penerbit Multimedia Sdn Bhd.  

TAJUK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Menurut Snell. B (2000), pengurusan adalah proses bekerja dengan orang dan sumber bagi mencapai sesuatu matlamat sesebuah organisasi. Manakala pelajar yang diperakui oleh pengamal perubatan, ahli audiologi, ahli optik atau ahli psikologi sebagai pelajar yang mempunyai ketidakupayaan dalam mendengar, melihat, bertutur, ketidakupayaan fizikal serta masalah dalam pembelajaran atau sebarang kombinasi ketidakupayaan (Kementrian Pendidikan Malaysia, 2018).

Antara isi-isi penting yang saya perolehi daripada topik ini ialah masalah pembelajaran murid pelbagai upaya daripada sekolah Menengah Kebangsaan Serendah ini terdiri daripada murid yang mempunyai autisme, sindrom down, hyperactive dan masalah pembelajaran. Organisasi fizikal iaitu susunan kelas dari segi penampilan kelas, penggunaan ruang kelas, pencahayaan serta hiasan dinding dan ruang penyimpanan barang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Mereka memerlukan suasana pembelajaran yang berbeza kerana murid-murid tersebut mudah bosan dengan suasana pembelajaran yang biasa. Guru Pendidikan khas perlu mencari inisiatif bagi menarik perhatian murid tersebut untuk belajar di dalam kelas.

Seterusnya, kecerdasan interpersonal individu yang memiliki kecerdasan ini biasanya memiliki kebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada, mereka lebih disenangi dalam kelompok masyarakat. Selain itu, kecerdasan intrapersonal ini mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri, berpengetahuan kendiri serta mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan dalam mendisiplinkan diri serta membentuk jati diri.

Kesimpulannya, pelajar pelbagai upaya ini perlu diberi perhatian khususnya daripada guru. Guru perlulah bersabar ketika mengajar murid-murid ini kerana mereka tidak seperti pelajar normal lain yang boleh menerima maklumat daripada guru dengan mudah. Selain itu, guru juga perlulah sentiasa melibatkan pelajar pendidikan khas dengan pelajar normal di sekolah.






Rujukan:

1. Barratt, S, J. (2008). The Special Education’s Tool Kit. New Deldhi, India: Sage Publications India Prt Bld.
2. Hannah Sulaiman & Farrah Dina Yusop. (2006). Mendidik Anak Genius. Batu Caves, Selangor: Pts Millenia Sdn Bhd.
3. Mulyono Abdulrrahman. (2003). Pendidikan Bagi anak Berkesulitan Belajar. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembukuan Department Pendidikan & Kebudayaan.

TAJUK 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN



Abdullah Sani Yahaya (2007: 1) menurut Akta Pendidikan, sekolah boleh ditakrifkan sebagai satu tempat di mana sepuluh atau lebih orang murid biasa diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah tetapi tidak termasuk mana-mana tempat di mana terhad kepada pelajaran Islam sahaja. Seterusnya, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Sekolah juga dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik. Manakala, persekitaran membawa maksud kawasan di sekeliling sesuatu tempat. Persekitaran sekolah merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar di sekolah.

Terdapat tiga isi penting yang saya perolehi daripada topik ini iaitu berkaitan ciri-ciri kelas yang kondusif merupakan hubungan saling menghormati antara guru dan para pelajarnya. Selain itu, kesukaran pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah serta perasaan kekitaan yang timbul dalam kalangan pelajar dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. Seterusnya, hubungan sekolah dengan masyarakat. Sekolah meruapakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada massyarakat dan persekitaran. Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sekolah juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat. Selain itu, sekolah merupakan sebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantungan dengan pihak luar.

Selanjutnya, peranan sekolah kepada masyarakat. Sekolah melibatkan proses sosiolisasi di mana kanak-kanak belajar tentang kelakuan masyarakat di sekelilingnya dan menjadikan perlakuan ini sebagai ajaran tingkah laku mereka. Pendidikan dianggap sebagi satu proses membentuk manusia yang sangggup berfikiran secara kreatif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kemahiran teknikal dan psikomotor. Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat. Tuntasnya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI).

Rujukan:
1. Omardin Ashaari. (1996). Pengurusan Sekolah. Cheras, Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

2. Abdullah Sani Yahyaya. (2007). Mengurus Sekolah. Batu Caves, Selangor: Publising Sdn Bhd.
3. Anwar Jasin. (1996). Pembelajaran Efektif. Palmerah Selatan, Jakarta: Pt Grameta.

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pembelajaran bermaksud suatu proses yang merangkumi beberapa peringkat mengikut turutan yang bermula dari penerimaan rangsangan melalui organ deria, diikuti pembentukan konsep dalam fikiran dan diakhiri dengan perubahan tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran melalui tindak balas akan menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang yang berkenaan. Perubahan tingkah laku dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukanlah disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi atau disebabkan oleh pengaruh dadah. Pembelajaran yang bermakna merangkumi proses kognitif yang mementingkan pengalaman sedia ada, kefahaman, motif dan inisiatif belajar.




Kesimpulannya, tidak dinafikan peranan dan tugas guru pada zaman serba canggih ini semakin mencabar. Guru perlulah menerapkan segala aspek pengurusan yang menyeluruh terhadap pelajar. Masyarakat sekeliling termasuklah ibu bapa turut memainkan peranan penting dalam melihat proses perkembangan pembelajaran anak-anak di sekolah.

Rujukan:
1. Kartini Karim. (2006). Kajian Amalan Pengurusan Ilmu dalam Pengurusan Sumber Manusia di Sektor Awam. Jurnal Pengurusan Awam, 105, 105-130.
2. Mohthar Abas. (2005). Pembangunan Kepimpinan dalam Organisasi. Jurnal Pengurusan Awam, 4(1), 1-10.